Permata
Resah yang telah melanda

Terlalu lama

Kabut dalam dada

Getar yang mula bergema

Ku terpesona



Bayangan mula menjelma

Makin terang

Gemilangnya rona

Tarinya rentak berirama

Teristimewa



Matanya melirik manja tiada rahsia

Kelu lidahku membisu tertawan bicaranya



(*Korus)



*Pandangan pertama

Gelora di jiwa

Cinta kita menjalin asmara

Kaulah permataku

Rindu belaianmu

Bila kita bersua cerialah dunia (ku)



Semakin dalam cintaku

Pabila daku terkenangkan dirimu

Mimpiku semanis madu

Ooo... kau ratuku



Bila bertemu

Gelisahku mula berlalu

Kau warnakan hari-hariku

Seindah senyummu



(**Bridge)



**Percayalah kasihku semurni hatimu

Jiwakuhanya untukmu

Kemesraan berpadu

Bahagia selalu

Padaku dikaulah ratu

Ooo...